Thursday, July 30, 2009

Ancaman H1N1

Penularan Influenza A H1N1 di Malaysia dilihat agak membimbangkan...setakat ini angka kematian telah bertambah dari sehari ke sehari...dalam tempoh 48 jam yang lepas kes kematian dilaporkan bertambah kepada 4 orang...Dalam kes kematian yang dicatatkan...kebanyakannya melibatkan penularan tempatan...agak mencemaskan...

Sebagai kaedah meminimumkan jangkitan..langkah kuarantin dilakukan kepada individu yang disyaki positif H1N1..dalam pada itu..beberapa institusi pengajian tinggi telah ditutup bagi mengekang penularan wabak ini..yang terbaru..UPSI...UUM...sebelum ini beberapa cawangan UiTM telah ditutup..bermula dengan UiTM Lundu..kemudian UiTM Kepala Batas...

Bermula dengan penutupan sekolah...kemudian kepada institusi yang lebih besar..ini menunjukkan yang ancaman H1N1 semakin membimbangkan..semoga kita dijauhkan..

Di Hospital Taiping sendiri...dikatakan sudah terdapat 1 kes positif H1N1...langkah berjaga2 perlu dititik beratkan bagi mengawal penyebaran virus...saya teringat kata2 teman sekerja saya..."whether we mutate or they mutate first..if they mutate first..it become miserable"...habis la kita..susah la nk control...nk hasilkan vaksin bukan mudah dan cepat..makan masa yang agak lama....

Semoga ancaman ini berakhir....

Explorating...

Setelah sekian lama aku x update blog ni..hari aku rajin plak explore template2 blog..aku berkenan kat satu ni..so..aku pun jadikannya template yang baru untuk blog aku...

Bagi aku template ni cantik....kalu korang rasa x cantik...itu hak korang...hehe..

Kalu korang nak cari template2 yang memenuhi citarasa korang..search je..taip blog template...belambak...pilih je..

ke lah..penat..nak tido....semoga hari esok lebih baik dari hari ni...

Friday, July 17, 2009

Emmm..sedapnya...

Seminggu ni aku oncall..agak penatla..kena bangun awal...balik lewat...kadang2 x balik rumah...hehe..jadi guard...
apa yang aku nk citer ni ada kaitan ngan oncall ni...kaitannyer plak berkaitan makanan..hehe..

maklumla kalu balik umah..aku makan kat rumah..dh jarang balik rumah..so...kena makan kat luar..aku ni suka mee goreng..mee goreng ni sgt sedap bg aku....



presentation dia pun menarik...kalu nk rasa boleh la aku bawa..hehe...

sedap hingga menjilat garfu..

Tuesday, July 14, 2009

Bertaut sebuah kasih...

Indahnya bila berkasih..kasih seorang anak kepada ibu & bapanya..kasih seorang kakak kepada adiknya...kasih seorang abang kepada adiknya...kasih seorang teman kepada temannya...kasih seorang sahabat kepada sahabatnya..kasih seorang adik kepada abangnya...kasih seorang insan kepada kekasihnya...

Sedetik kasih yang menitis di hati..pasti sayang terpatri dijiwa..

Apabila kasih itu bertaut..indah sungguh terasa di jiwa...tiada ungkapan yang mampu terucap untuk menggambarkan perasaan dijiwa...jiwa tenang..hati terasa senang...



Andai kasih terlucut dari tautan..jiwa terasa resah...hati tak lagi indah..hanya yang tinggal cuma gundah..pesona indah hilang diwajah...

Betapa indahnya tautan kasih...



Ukhuwah fillah...

Monday, July 13, 2009

Rehlah fi Qadah...



Hari sabtu yang lalu aku bersama keluarga melawat MUZIUM PADI di negeri jelapang padi Malaysia....Sesampainya aku d situ, aku di sambut oleh seekor singa yang sedang ternganga..namun begitu...aku sempat berposing di tepi singa yang jinak tu..hehe..



Suasana di luar muzium mendung...aku dan famili segera memasuki muzium...kami terus naik ke pelantar yang memaparkan lukisan pemandangan Gunung Keriang...cantik sekali...hidup lukisannya...bagai melihat pemandangan sebenar...




Selepas menikmati pemandangan yang indah...kami terus melawat ke seluruh pelusuk muzium...beberapa peralatan tradisional untuk bersawah di pamerkan...sungguh menarik...
Banyak benda yang dapat dipelajari bagi mereka yang bukan lahir di kawasan sawah pagi...tidak seperti aku yang banyak mengenali peralatan-peralatan tersebut memandangkan aku lahir dalam kawasan sawah padi...

Aku rasa bangga sebab ada inisiatif seperti ini dibuat bagi menonjolkan budaya serta kegiatan ekonomi masyarakat Malaysia khususnya di Kedah yang dikenali sebagai negeri JELAPANG PADI...



Sedikit Info Muzium Padi

Bayaran masuk

Dewasa : RM 3
Kanak2 : RM 1
Pelajar : RM 1

Kamera : RM 2


Mansuhnya PPSMI


Mansuhnya PPSMI...setelah 7 tahun dilaksanakan akhirnya ia dimansuhkan..pelbagai reaksi dan komen dilontarkan atas isu ini...Perlaksanaanya pada 2003 bukan sahaja dibuat secara drastik, malah mengejutkan..para cendiakawan berbeza pendapat membincangkan isu ini...ada yang menyokong dan x kurang juga yang menolak pelaksanaannya...

Ada pihak yang menyangkal kewajaran pelaksanaan PPSMI kerana menganggap Bahasa Melayu sudah cukup baik untuk menghasilkan pelajar yang bijak dalam bidang sains dan matematik..Tidak disangkal di sini yang Bahasa Inggeris penting dan bahasa ini juga lebih terdedah sebagai bahasa ilmu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi...Namun, wajarkah bahasa melayu dijadikan bahasa kedua dalam bidang sains dan teknologi..??

Pelbagai pihak melontarkan pendapat masing-masing dalam menilai keberkesanannya..ada yang membuat penilaian melalui keputusan peperiksaan yang diperoleh sepanjang tempoh pelaksanaannya..dan ada juga yang menilai dari sudut penggunaan BI dalam menjawab soalan peperiksaan..dan pelbagai lagi penilaian yang dibuat..semuanya pasti menjadi bahan perbincangan dalam membuat keputusan pemansuhan ini..



Mengimbau kembali sejarah pelaksanaanya..Dasar PPSMI telah dibuat semasa zaman pemerintahan Tun DR MAHATHIR...idea pelaksanaanya jelas untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang sains dan teknologi memandangkan BI digunakan secara meluas dalam bidang ini..Namun begitu, pada hemat saya, perubahan drastik yang dibuat membuatkan kalangan masayarakat tidak berapa bersetuju dengan PPSMI..alasanya juga jelas..mengapa bahasa Melayu tidak dimartabatkan dalam pembelajaran sains dan matematik?? sedangkan bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca semasa zaman MELAKA dahulu..tidak mustahil jika bahasa ini diperkasakan menjadi bahasa sains dan teknologi...

Pada hemat saya, pelaksanaan PPSMI sedikit sebanyak menjejaskan reputasi BM dalam arena sains dan teknologi..saya masih ingat lagi...zaman saya di sekolah dulu...Sains dan Matematik diajar dalam BM...nak kata saya dan kawan2 x pandai S&M x jugak...cemerlang juga..pegi oversea juga....pada pendapat saya.. kefahaman dalam mempelajari sesuatu subjek adalah kunci dalam melahirkan pelajar yang bijak dalam bidang sains dan teknologi..


Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sema saya d U dulu...saya telah menyertai projek baktisiswa dan dalam projek ini terdapat aktiviti mendekati pelajar sekolah...baktisiswa itu diadakan di sebuah kampung...saya mendapati majoriti pelajarnya tidak memahami subjek sains dan matematik yang diajar dalam BI..cukup menyecewakan...inilah penangan PPSMI...


Setelah mengetahui PPSMI dimansuhkan...saya berasa amat bersyukur...bukan kerana menolak 100% dasar kepimpinan sebelum ini..tetapi memikirkan akan peri pentingnya BM dimartabatkan dalam sistem pembelajaran di Malaysia....jgn kerana dek suasana globalisasi yang terlalu mengangkat BI sbg bahasa antarabangsa & bahasa ilmu...bahasa ibunda yang mencanaikan nilai jati diri bangsa dipertaruhkan untuk menjadi bahasa yang mundur suatu hari nanti...nauzubillah...

Thursday, July 9, 2009

Comelnya anak sedara aku..



Malam semalam time aku dah nyenyak dibuai mimpi, kakak aku hantar MMS...gambar anak sedara aku yang comel ni...Anak sedara aku ni lahir masa aku mula start keje...sekarang dah dekat setahun umur dia...dan pandai duduk pun...comelkan...bila la dapat jumpa dia lagi...comelkan...kalu bukan sebab bapak sedara dia hensem..x kan la anak sedara dia nk comel..hahaha...eh..ada kena mengena ke??

kalu nk tgk gambar masa dia kecik lagi comel..

Merawat tekanan...

Setiap individu akan merasai tekanan dalam diri..walaubagaimanapun tahap tekanan yang dihadapai oleh setiap individu itu berbeza..pelbagai cara digunakan untuk mengatasi tekanan ini…dalam mencari ketenangan akibat tekanan yang dihadapi…perlu kita gali punca tekanan itu bertitik tolak daripada apa..adakah akibat persekitaran, emosi, kerjaya, pembelajaran, keluarga atau diri sendiri yang menjadi punca berlakunya tekanan…

Sekadar untuk berkongsi cara bagaimana untuk menghadapi tekanan yang melanda dalam diri, perlu dikaji terlebih dahulu punca tekanan supaya kita dapat berfikir cara penyelesainya…jika kita sendiri tidak dapat mengenalpasti punca sebenar, salah satu cara bagi menghadapi situasi tekanan adalah dengan bertanya kepada teman terdekat yang difikirkan dapat membantu dalam mengatasi tekanan…kadang2 dengan menceritakan tekanan yg dihadapi kepada teman rapat pun dapat membantu mengurangkan tekanan…dalam keadaan yang tertekan teman untuk berbicara amat penting agar diri kita tidak dikuasai oleh tekanan..ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya kita lakukan…

Antara tips mengurangkan tekanan yang dapat saya cadangkan di sini adalah dengan:

1. Menarik nafas dalam-dalam

2. Beristighfar bagi muslim

3. Buang perasan marah dan memberontak dalam diri

4. Membuat sesuatu perancangan rapi sebelum melakukan sesuatu

5. Sentiasa membuka ruang dihati untuk memaafkan org lain (Pemaaf)

6. Amalkan senaman dan gaya hidup yang sihat

7. Jana minda supaya berfikiran positif

8. Hargai diri dan menerima diri seadanya

Diharapkan info yang serba ringkas ini sekurang-kurangnya dapat membantu dalam menghadapi tekanan…peringatan untuk diri saya juga..hehe..

Semalam yang pantas...

Seperti hari2 sebelum ni, aku mulakan hidup ni dengan senyuman....diharapkan agar permulaan hariku ceria dan diakhirkan dengan ceria juga....
Hari ni aku dipinjamkan lagi ke OPD sebab staf tak cukup..so kiranya aku ni cover org yang x cukup tula..apa pun aku suka dok OPD..walaupun agak busy, tapi setiap saat aku terluang dengan kerja..aku x payah fikir benda2 yang boleh buatkan aku tertekan..haha..macam ada maksud tersirat je...biarlah rahsia...bak kata Datuk CT...
Kat OPD jugak aku dapat tgk org..tapi org sakit la..hehe...suma menunggu dengan sabar..nal buat camna kan....kenala tunggu, kami staf2 ni dah buat secepat mungkin, dan kena pastikan apa yang diberi tepat..kalu salah susuh plak..maklumla nak bagi org sihat..kenala buat betul2...

Kalu dok kat OPD, mmg masa berlalu dengan pantas...tup..tupp dah tengahari..hari ni ada makan free..hehe..ada LUnCH TALK....sepanjang LUNch TALK yang berlangsung hampir 1 jam tu, aku sentiasa mengangguk faham..hehe....mak ai..mata aku ni jenuh nk tongkat...tapi patah gak tongkat...yang pasti nasi lauk ayam buatkan mata aku segar lepas tu...perut lapar la katakan....aku makan dengan penuh sopan ...

Petangnya aku kena hadiri meeting, aku plak kena jadi pencatat minit..aduss...aku x pernah jadi pencatat minit...maklumlah dulu2 jadi pengerusi..mana penah jadi setiausaha..kuang2...
jenuh aku nk menyalin dan dapatkan isi penting setiap isu yang dibincangkan...redha jela...
tapi at least aku dpt info yang penting yang kawan2 seangkatan aku x tau lagi..hehe...

Tuesday, July 7, 2009

Amanat Bulanan..ubat & H1N1

Tanggal 6 Julai 2009, tempat kerja aku akan buat perhimpunan bulanan..untuk kali ini, jabatan aku yang jadi pengelola..topik yang diperkatakan pada hari ini mengenai kepentingan mengenali ubat anda...konsep 5B(betul) telah diperkenalkan oleh KKM iaitu
1. Pengambilan ubat yang betul
2. Ubat yang betul
3. Dos yang betul
4. Cara pengambilan yang betul
5. Masa yang betul

Selain itu, isu yang diperkatakan adalah mengenai H1N1...langkah berjaga-jaga perlulah dititikberatkan supaya penularan dapat diminimumkan...memandangkan WHO telah mengeluarkan tahap pendemik tahap 6, ini menunjukkan yang wabak H1N1 amat berbahaya dan mudah menular ke seluruh dunia...situasi di Malaysia pula juga agak membimbangkan dengan penutupan beberapa sekolah sebelum ini dan arahan kuarantin bagi individu yang positif dan disyaki membawa virus ini...
Langkah yang diambil oleh kerajaan buat masa ini dilihat sebagai berkesan dengan rawatan yang bersesuaian yang mana Malaysia masih belum mencatatkan sebarang kes kematian...syukur...

jejak pertama

Mendengar perkataan blog..mmg dah lama..cuma baru sekarang aku ada blog sendiri..byk perkara yang boleh di cerita di sini..banyak juga info boleh dikongsi di sini..buat permulaan ni..aku lebih selesa untuk menceritakan tentang kehidupan aku..mungkin lepas ni topik perbincangan aku lebih luas..dari sini..aku dapat menyembangkan idea..mana tahu aku dapat sampaikan sesuatu yang baik untuk tatapan pembaca..
 

©2009 Semanis Kata.... | by TNB