Setiap individu akan merasai tekanan dalam diri..walaubagaimanapun tahap tekanan yang dihadapai oleh setiap individu itu berbeza..pelbagai cara digunakan untuk mengatasi tekanan ini…dalam mencari ketenangan akibat tekanan yang dihadapi…perlu kita gali punca tekanan itu bertitik tolak daripada apa..adakah akibat persekitaran, emosi, kerjaya, pembelajaran, keluarga atau diri sendiri yang menjadi punca berlakunya tekanan…
Sekadar untuk berkongsi cara bagaimana untuk menghadapi tekanan yang melanda dalam diri, perlu dikaji terlebih dahulu punca tekanan supaya kita dapat berfikir cara penyelesainya…jika kita sendiri tidak dapat mengenalpasti punca sebenar, salah satu cara bagi menghadapi situasi tekanan adalah dengan bertanya kepada teman terdekat yang difikirkan dapat membantu dalam mengatasi tekanan…kadang2 dengan menceritakan tekanan yg dihadapi kepada teman rapat pun dapat membantu mengurangkan tekanan…dalam keadaan yang tertekan teman untuk berbicara amat penting agar diri kita tidak dikuasai oleh tekanan..ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya kita lakukan…
Antara tips mengurangkan tekanan yang dapat saya cadangkan di sini adalah dengan:
1. Menarik nafas dalam-dalam
2. Beristighfar bagi muslim
3. Buang perasan marah dan memberontak dalam diri
4. Membuat sesuatu perancangan rapi sebelum melakukan sesuatu
5. Sentiasa membuka ruang dihati untuk memaafkan org lain (Pemaaf)
6. Amalkan senaman dan gaya hidup yang sihat
7. Jana minda supaya berfikiran positif
8. Hargai diri dan menerima diri seadanya
Diharapkan info yang serba ringkas ini sekurang-kurangnya dapat membantu dalam menghadapi tekanan…peringatan untuk diri saya juga..hehe..
0 komen:
Post a Comment