Monday, July 13, 2009

Mansuhnya PPSMI


Mansuhnya PPSMI...setelah 7 tahun dilaksanakan akhirnya ia dimansuhkan..pelbagai reaksi dan komen dilontarkan atas isu ini...Perlaksanaanya pada 2003 bukan sahaja dibuat secara drastik, malah mengejutkan..para cendiakawan berbeza pendapat membincangkan isu ini...ada yang menyokong dan x kurang juga yang menolak pelaksanaannya...

Ada pihak yang menyangkal kewajaran pelaksanaan PPSMI kerana menganggap Bahasa Melayu sudah cukup baik untuk menghasilkan pelajar yang bijak dalam bidang sains dan matematik..Tidak disangkal di sini yang Bahasa Inggeris penting dan bahasa ini juga lebih terdedah sebagai bahasa ilmu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi...Namun, wajarkah bahasa melayu dijadikan bahasa kedua dalam bidang sains dan teknologi..??

Pelbagai pihak melontarkan pendapat masing-masing dalam menilai keberkesanannya..ada yang membuat penilaian melalui keputusan peperiksaan yang diperoleh sepanjang tempoh pelaksanaannya..dan ada juga yang menilai dari sudut penggunaan BI dalam menjawab soalan peperiksaan..dan pelbagai lagi penilaian yang dibuat..semuanya pasti menjadi bahan perbincangan dalam membuat keputusan pemansuhan ini..



Mengimbau kembali sejarah pelaksanaanya..Dasar PPSMI telah dibuat semasa zaman pemerintahan Tun DR MAHATHIR...idea pelaksanaanya jelas untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang sains dan teknologi memandangkan BI digunakan secara meluas dalam bidang ini..Namun begitu, pada hemat saya, perubahan drastik yang dibuat membuatkan kalangan masayarakat tidak berapa bersetuju dengan PPSMI..alasanya juga jelas..mengapa bahasa Melayu tidak dimartabatkan dalam pembelajaran sains dan matematik?? sedangkan bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca semasa zaman MELAKA dahulu..tidak mustahil jika bahasa ini diperkasakan menjadi bahasa sains dan teknologi...

Pada hemat saya, pelaksanaan PPSMI sedikit sebanyak menjejaskan reputasi BM dalam arena sains dan teknologi..saya masih ingat lagi...zaman saya di sekolah dulu...Sains dan Matematik diajar dalam BM...nak kata saya dan kawan2 x pandai S&M x jugak...cemerlang juga..pegi oversea juga....pada pendapat saya.. kefahaman dalam mempelajari sesuatu subjek adalah kunci dalam melahirkan pelajar yang bijak dalam bidang sains dan teknologi..


Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sema saya d U dulu...saya telah menyertai projek baktisiswa dan dalam projek ini terdapat aktiviti mendekati pelajar sekolah...baktisiswa itu diadakan di sebuah kampung...saya mendapati majoriti pelajarnya tidak memahami subjek sains dan matematik yang diajar dalam BI..cukup menyecewakan...inilah penangan PPSMI...


Setelah mengetahui PPSMI dimansuhkan...saya berasa amat bersyukur...bukan kerana menolak 100% dasar kepimpinan sebelum ini..tetapi memikirkan akan peri pentingnya BM dimartabatkan dalam sistem pembelajaran di Malaysia....jgn kerana dek suasana globalisasi yang terlalu mengangkat BI sbg bahasa antarabangsa & bahasa ilmu...bahasa ibunda yang mencanaikan nilai jati diri bangsa dipertaruhkan untuk menjadi bahasa yang mundur suatu hari nanti...nauzubillah...

0 komen:

Post a Comment

 

©2009 Semanis Kata.... | by TNB